Friday, 19 December 2014

IKATAN ION DAN IKATAN KOVALEN


IKATAN ION
Ikatan ion terbentuk melalui permindahan elektron dari satu atom logam kepada atom bukan logam.Sebatian yang mempunya ikatan ion dikenali sebagai sebatian ion, contohnya adalah seperti natrium klorida (NaCl).

IKATAN KOVALEN
Ikatan kovalen adalah ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian lektron anatara atom bukan logam. Ikatan kovalen tunggal adalah ikatan kovalen yang terbentuk melalui perkongsian sepasang elektron antara dua atom bukan logam. Contohnya adalah seperti pembentukan molekul klorin-klorin.  Ikatan kovalen ganda dua adalah ikatan yang terbentuk melalui perkongsian antara dua pasang elektron, contohnya seperti pembentukan molekul oksigen.

Disertakan video untuk lebih kefahaman.



Sunday, 14 December 2014

TIPS BERKESAN MENGINGAT SECARA MUDAH

APABILA peperiksaan hampir tiba, pelajar-pelajar mula risau sama ada ia boleh mengingat atau tidak fakta-fakta yang telah dipelajarinya. Bolehlah dikatakan bahawa sekiranya seseorang pelajar itu lupa tentang apa yang hendak ditulisnya, kemungkinan, kemahiran untuk mengingat bahan pelajaran sangatlah penting bagi pelajar. Di dalam buku-buku kemahiran belajar telah ditunjukkan berbagai-bagai teknik mengingat yang utama adalah bergantung pada diri kita sendiri, walaupun ada juga pengaruh daripada faktor luar. Sekiranya kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengingat, kita tentu akan berusahamengingatnya dengan menggunakan teknik tertentu. Teknik mengingat hanyalah sebagai alat untuk lebih menyenangkan kita mengingat.

Doa

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan tenang dan sukses.

Titian Memori

        Dalam Titian Memori, ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. Titian tersebut ialah:

        1. Mnemonik, iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu maklumat.

        2. Emosi, iaitu dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan bahan-bahan pelajaran.

        3. Mengulang, iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga membuat ulangkaji.

        4. Organisasi, iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang kurang sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.

        5. Ringkasan, iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran agar lebih senang diingat atau dihafal.

        6. Ikatkan dan imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan perkataan atau objek tertentu.

        M.E.M.O.R.I. adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi, Mengulang, Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi senanglah kita mengingat Titian Memori ini.


ASAL-USUL JADUAL BERKALA

Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimia berubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.
Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur.

Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain.