APABILA peperiksaan hampir tiba, pelajar-pelajar mula risau
sama ada ia boleh mengingat atau tidak fakta-fakta yang telah dipelajarinya.
Bolehlah dikatakan bahawa sekiranya seseorang pelajar itu lupa tentang apa yang
hendak ditulisnya, kemungkinan, kemahiran untuk mengingat bahan pelajaran
sangatlah penting bagi pelajar. Di dalam buku-buku kemahiran belajar telah
ditunjukkan berbagai-bagai teknik mengingat yang utama adalah bergantung pada
diri kita sendiri, walaupun ada juga pengaruh daripada faktor luar. Sekiranya
kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengingat, kita tentu akan
berusahamengingatnya dengan menggunakan teknik tertentu. Teknik mengingat
hanyalah sebagai alat untuk lebih menyenangkan kita mengingat.
Doa
Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar
tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan. Berikut adalah
tips dan doa-doa persediaan dalam menelaah pelajaran bagi menghadapi
peperiksaan awam sebenar. Semoga semua calon akan berjaya menghadapinya dengan
tenang dan sukses.
Titian Memori
Dalam Titian
Memori, ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. Titian tersebut
ialah:
1. Mnemonik,
iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu maklumat.
2. Emosi, iaitu
dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan bahan-bahan
pelajaran.
3. Mengulang,
iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga membuat
ulangkaji.
4. Organisasi,
iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang kurang
sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.
5. Ringkasan,
iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran agar
lebih senang diingat atau dihafal.
6. Ikatkan dan
imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan perkataan
atau objek tertentu.
M.E.M.O.R.I.
adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi, Mengulang,
Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi
senanglah kita mengingat Titian Memori ini.